Hendak Dapatkan Yaya Toure? Pasukan Liga M Perlu Ada Kira-Kira RM1 Juta Sebulan

Kedengaran ada khabar desas-desus ada pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia dikatakan mahu mendapatkan khidmat bekas pemain Manchester City, Toure.

Jika mahu mendapatkan khidmatnya di negara ini, sesebuah pasukan itu dianggarkan mampu menyediakan RM9.64 juta hingga RM12 juta setahun atau kira-kira RM1 juta sebulan.

Toure juga pernah bermain untuk pasukan kelab La Liga, Barcelona.

Menurut Berita Harian Online, ejen berpengalaman, Effendi Jagan Abdullah mengakui sukar untuk menyaksikan kelibat pemain Ivory Coast itu beraksi di negara ini memandangkan gajinya yang terlalu tinggi selain ia tampak tidak berbaloi kerana usianya.

Yaya Toure turut menghasilkan beberapa gol ketika bersama Manchester City.

“Melihat kepada anggaran gajinya, saya berpendapat tiada pasukan yang sanggup membayar gaji sehingga RM1 juta untuk seorang pemain. Situasi COVID-19 juga memaksa pasukan berbelanja dengan lebih strategik.

“Lagipun, usianya pun sudah menghampiri 40 tahun dan boleh dianggap sudah berada di penghujung kariernya. Lebih baik melabur kepada pemain yang lebih muda.

“Tetapi dari segi pemasaran atau nama, mungkin ya kerana kita tahu dia memang ada pengaruh dan bertaraf antarabangsa. Namun, kalau berdasarkan aspek kewangan, saya rasa pasukan Liga M belum cukup mampu lagi,” katanya.

BACA JUGA – Kira-Kira 60 Buah Kelab Di England Bakal Tumbang Jika Keadaan Bola Sepak Tidak Pulih

Terdahulu, pasukan Liga M berpeluang melakukan perpindahan berprofil tinggi selepas Toure dikatakan bersedia jika khidmatnya diperlukan untuk beraksi di negara ini.

Perkembangan itu disahkan oleh agensinya, Harcus Consultancy Group yang menjelaskan bekas pemain tengah itu terbuka untuk peluang beraksi di liga Asia Tenggara termasuk Malaysia selepas mencipta nama di Eropah dan Asia bersama pasukan Qingdao Huanghai sebelum ini.

Media antarabangsa, Goal.com melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Harcus, Richard Harcus menjelaskan meskipun kontrak pemain itu di China sudah berakhir namun pihaknya akan membantu mendapatkan pasukan supaya penyokong di Asia dapat terus menyaksikan kelibatnya.

BBerkaitan

Latest articles