Hempas Anak Ke Lantai Hanya Kerana Minta Air

Seorang penganggur berusia 37 tahun ditahan polis selepas bertindak menghempas anak perempuannya yang berumur tujuh tahun kerana meminta air minuman.

Dalam kejadian jam 8.20 malam pada Ahad lepas, suspek yang baru sahaja dibebaskan dari penjara atas kesalahan jenayah pada dua minggu lepas, ketika itu sedang menikmati makan malam.

Berang kerana diganggu ketika makan, dia mengangkat mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik, dan menghempasnya ke lantai.

Akibat perbuatan itu, mangsa cedera di dahi kiri akibat terkena bucu meja makan.

“Suspek mengatakan anak perempuannya itu mengetuk kepalanya dan marah akan perbuatan anaknya. Mangsa kemudian menjerit dan menangis kesakitan. Ibu mangsa berusia 40 tahun yang sedang mengurus jadual persekolahan anak-anaknya bergegas membawa mangsa ke klinik kesihatan untuk dirawat.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut susulan mengalami kecederaan luka pada dahi kiri dan bengkak di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis berjaya menahan suspek pada jam 12 tengah hari semalam selepas bertindak melarikan diri.

Lelaki berkenaan direman sehingga Isnin depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Suspek sebelum ini mempunyai rekod jenayah berkaitan jenayah dan dadah.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,792FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini