Helikopter bawa Presiden Iran, pegawai kanan terhempas

TEHRAN: Sebuah helikopter membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi, bersama sejumlah pegawai kanan dilaporkan terhempas di barat laut Iran, hari ini.

Setakat ini, belum ada maklumat lanjut berhubung sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan ataupun kerosakan dalam insiden berkenaan, menurut laporan Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Raisi dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah majlis perasmian empangan di sempadan Iran-Azerbaijan, apabila helikopter dinaikinya itu terhempas ketika mahu mendarat di wilayah Varzaqan.

Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian; Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur, Malek Rahmati; Imam Solat Jumaat di Tabriz, Hojjatoleslam Al Hashem; dan beberapa pegawai lagi dipercayai turut berada dalam helikopter berkenaan, menurut laporan itu.

Menurut koresponden IRNA, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah dikerahkan ke lokasi kejadian dengan operasi SAR sedang giat dijalankan.

Cuaca berkabus dan keadaan kawasan terbabit yang sukar dilalui menyebabkan operasi SAR itu berdepan kesulitan. – BERNAMA-IRNA

BBerkaitan

Latest articles