Hati-hati Bila Bercakap Soal Sensitiviti Agama

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyarankan semua pihak termasuk menteri bukan Islam di dalam kerajaan hari ini untuk tidak membuat kenyataan yang boleh mencalar sensitiviti umat Islam di negara ini.

Tegas beliau, hal ini penting supaya tidak membawa kepada perpecahan perpaduan rakyat di negara ini.

“Saya hormat (gesaan Majlis Ulama UMNO), Malaysia adalah negara pelbagai agama dan bangsa, soal sensitiviti agama saya selalu tekankan kita tak nak salah buat kenyataan.

“Nasihat saya supaya kita berhati-hati dalam setiap kenyataan yang kita buat, peringatan itu termasuk untuk diri saya juga supaya berhati-hati dalam dalam dalam setiap kenyataan,” katanya kepada media selepas menghadiri program Zikir Akhbar Madani di Masjid Sultan Mizan, malam tadi.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Terdahulu pemberita meminta Mohd Na’im mengulas teguran Majlis Ulama UMNO supaya menteri bukan Islam dalam Kerajaan Perpaduan lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan melibatkan isu agama.

Kenyataan satu muka surat oleh Majlis Ulama UMNO itu merujuk isu sandwic ‘ham dan cheese’ yang menggunakan logo halal palsu serta penjualan arak di kawasan majoriti orang Islam di Ipoh, yang mencetuskan perdebatan dalam kalangan pemimpin rentas parti.

Kontroversi ‘sandwich ham and cheese’ bermula apabila Universiti Malaya (UM) mengarahkan penutupan dua premis kedai serbaneka 24 jam dalam kampusnya susulan dakwaan penemuan produk pek sandwich yang diragui status halalnya.

Berikutan itu, Jakim mengesahkan ‘sanwich ham and cheese’ yang dijual di kedai serbaneka di UM tidak mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang menyentuh isu kontroversi itu dengan berkata, ‘ham’ hanya merujuk kepada daging yang telah diawet dan terdapat ham ayam belanda atau ham ayam yang sesuai untuk dimakan.

Satu kenyataan daripada Majlis Ulama UMNO menyentuh isu penggunaan logo halal palsu pada sandwic “ham dan cheese” serta penjualan arak di kawasan majoriti Muslim di Ipoh, yang mencetuskan perdebatan dalam kalangan pemimpin merentasi parti.

Kontroversi mengenai sandwic tersebut timbul selepas Universiti Malaya (UM) mengarahkan penutupan dua premis kedai serbaneka 24 jam di dalam kampusnya susulan dakwaan bahawa produk sandwic yang dijual diragui status halalnya.

Susulan itu, Jakim mengesahkan bahawa sandwic “ham dan cheese” yang dijual di kedai serbaneka di UM tidak memiliki sijil pengesahan halal Malaysia.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, turut mengulas isu ini dengan menjelaskan bahawa istilah “ham” merujuk kepada daging yang diawet dan boleh merangkumi ham ayam belanda atau ham ayam yang sesuai untuk dimakan.

BBerkaitan

Latest articles