Hasni Tetap Unggul Di DUN Benut

JOHOR BAHRU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad terus mengekalkan kemenangannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut beliau memperoleh 10,508 undi.

Jumlah kesemua undi itu diperolehi daripada 52 saluran yang dikira.

Hasni menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Isa Ab Hamid yang mendapat undi tidak rasmi 4,828 undi.

Sementara, Haniff Ghazali Hosman yang mewakili Pakatan Harapan (PH) pula 1,147 undi.

Manakala, calon dari Pejuang, Iskandar Noor Ibrahim hanya mendapat 132 kerusi selepas 52 saluran dikira.

Hasni mula memenangi kerusi DUN Benut sejak PRU12 pada 2008.

BBerkaitan

Latest articles