SIMPANG RENGGAM, 9 Nov: Pemimpin pemuda Barisan Nasional (BN) Johor pecaya Pengerusi BN dan UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad dapat menggunakan pengalamannya untuk membangunkan kawasan Parlimen Simpang Renggam
Seorang ahli Pemuda BN Johor, Syed Mohd Syed Nasir berkata Hasni adalah insan istimewa yang akan membangun Simpang Renggam dengan pengalamannya.
Katanya, hubungan makin kukuh apabila Hasni dan
Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah bergabung dan saling kerjasama.
“Kekuatan di Simpang Renggam juga terserlah dengan bantuan dari dua DUN di Layang-Layang dan Machap.
“ADUN Layang-Layang Abd Mutalip Abd Rahim turut membantu,” katanya kepada The Rakyat Insight.
Dalam pada itu, pada Isnin lalu Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut hadir bantu bahagian UMNO Simpang Renggam bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
“Memaknai maksud ‘Kita’ dengan kepelbagaian yang ada di Simpang Renggam, kebersamaan yang diwujudkan adalah merentasi politik demi kepentingan rakyat Simpang Renggam di Johor,” kata Hasni.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Hasni akan ditentang penyandang kerusi Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dari Pakatan Harapan (PH), Mohd Fazrul Kamat dari Perikatan Nasional (PN) dan Kamal Kusmin dari Gerakan Tanah Air (GTA).