Hasni Adalah Hero, Pahlawan BN Di Johor

PONTIAN: Rakyat Johor diharapkan dapat memberi sokongan penuh kepada Menteri Besarnya, Datuk Hasni Mohammad dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keyakinan gabungan itu terhadap kemampuan dan kebolehan Hasni ditunjukkan apabila BN hanyan mengemukakan nama Hasni kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar untuk dilantik kembali ke jawatan itu.

“Kita harap Hasni terus diterima rakyat terutama pengundi Benut dan mulai hari ini hingga 12 Mac nanti di mana Johor menjadi tumpuan seluruh negara termasuk Benut kerana di sinilah hero dan pahlawan kita.

“Kejayaan beliau bergantung kepada jentera kita dan saya yakin dengan kepimpinan beliau di Pontian dan Johor selepas 12 Mac ini, kita harap rakyat Johor tanpa mengira bangsa dan agama dapat bersama memajukan Johor sebagai negeri termaju di Malaysia.

“Apabila pada 12 Mac selepas penutupan pusat pembuangan undi, kita harap rakyat Johor akan dapat beri hadiah kepada Datuk Hasni dan sebagai poster boy kita, saya sebagai Pengerusi BN hanya akan mengemuka nama beliau kepada Sultan Johor bagi beliau terus dilantik sebagai Menteri Besar Johor,” katanya ketika berucapa menyampaikan amanat di Bilik Gerakan BN sebelum Hasni bergerak ke Dewan Serbaguna Benut untuk proses penamaan calon, hari ini.

Dalam menghadapi PRN Johor 12 Mac ini,

Ahmad Zahid mengajak jentera BN untuk berkerja keras dan bersungguh-sungguh serta mengenepikan perbezaan di kalangan mereka.

“Inilah ketikanya untuk BN bangkit semula di Johor,” katanya.

Untuk rekod, Hasni, 61, menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut selama tiga penggal merupakan Pengerusi BN Johor dan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor.

Beliau mula dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Mac tahun lalu, menggantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal dari Bersatu.

BBerkaitan

Latest articles