Hasnal Seorang Peguam, Layak Jadi Calon

KUALA LUMPUR: Pencalonan Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican bagi mewakili Barisan Nasional (BN) di DUN Kuang pada PRN Selangor adalah berdasarkan latar belakangnya sebagai pengamal undang-undang.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ciri-ciri yang ada pada Hasnal itulah mampu meyakinkan para pengundi di Kuang untuk mewakili nasib rakyat, sekaligus memberi manfaat kepada mereka.

Hasnal merupakan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Bagaimanapun pencalonannya menimbulkan cakap-cakap belakang atas peranan yang dijawat di badan berkenaan.

Namun Ahmad Zahid berpendapat tokoh seperti Hasnal yang harus disokong, bukan sahaja oleh pengundi Kuang, tetapi juga oleh badan profesional berkenaan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memberi jaminan pencalonan Hasnal adalah berpadanan dengan kriteria parti.

“Tidak ada satu pun peraturan yang menghalang (pencalonan itu) dan saya telah rujuk dengan peguam-peguam kita,” katanya pada program ceramah kempen PRN DUN Kuang di Bandar Tasik Puteri malam tadi.

Namun dalam masa yang sama, Ahmad Zahid berpandangan untuk mengelakkan isu yang rumit, adalah lebih baik sekiranya beliau meletak jawatan sebagai Pesuruhjaya badan itu.

BBerkaitan

Latest articles