Hasil mesyuarat BERSATU diumumkan hari ini

KUALA LUMPUR: Semua hasil mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan diumumkan hari ini.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Semua hasil mesyuarat akan diumumkann dalam satu sidang media,” katanya.

Mesyuarat pertama MPT BERSATU berlangsung kira-kira tiga jam bermula kira-kira jam 9 malam.

Media dan pemerhati politik mula berkumpulan di perkarangan rumah persatuan itu seawal jam 6 petang.

Dikawal ketat polis dan Jabatan Sukarelawan (RELA), penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad turut berada di perkarangan rumah persatuan itu.

Mesyuarat itu juga adalah kali pertama diadakan selepas Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad digugurkan keahlian parti bersama empat lagi pimpinan parti itu minggu lalu.

Difahamkan mesyuarat itu bagi mengesahkan pengguguran keahlian Dr Mahathir dan empat lagi pemimpin parti dan penyertaan BERSATU dalam Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, Ahli MPT, Datuk Mohd Redzuan Md Yusof berkata, mesyuarat berjalan dengan baik.

“Mesyuarat berjalan baik dan BERSATU ok dan saya kira Perikatan Nasional pun ok,” katanya.

Ahli MPT, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut mengakui mesyuarat berjalan dalam suasana yang harmoni.

“Semuanya berjalan dengan baik sekali,” katanya.

 

BBerkaitan

Latest articles