PUTRAJAYA: Harga telur dipasaran akan diturunkan kepada harga yang lebih rendah bagi mengurangkan kebergantungan kepada kartel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.
“Saya juga telah berbincang dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu yang mana ada beberapa langkah diambil termasuk telur.
“Pengumuman itu akan dibuat esok oleh Muhamad Sabu dan diharap harga yang lebih rendah dan…kerana mengurangkan kebergantungan kepada kartel.
“Jadi kita berharap jumlah telur dalam pasaran cukup dan harganya itu diberitahu tadi akan dikurangkan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Khas Kabinet di Bangunan Perdana Putra, hari ini.