Harga maksimum runcit ayam standard dikurangkan 20 sen

PUTRAJAYA – Harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan 20 sen daripada harga siling yang ditetapkan sekarang, menjadikannya RM8.90.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga telur ayam semua gred pula kekal seperti harga kawalan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) semasa.

Pelaksanaan kedua-dua harga ini bermula 5 Februari sehingga 5 Jun 2022, katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) mengenai Industri Pengeluaran Makanan di Putrajaya hari ini

Turut hadir, Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Menurut Perdana Menteri, Mesyuarat mengarahkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) membuat siasatan sekiranya wujud kartel dalam pakatan menentukan harga ayam dan telur.

“ Mesyuarat turut meminta Kementerian Kewangan mengkaji insentif cukai untuk transformasi ladang ternakan ayam.

Tambah Ismail lagi,  Pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) juga perlu dilaksanakan secara maksimum yang melibatkan 222 Parlimen. 

“ PPJKM Perlu  dilaksanakan secara maksimum dengan kerjasama bersepadu melibatkan Kementerian-Kementerian terbabit bagi membantu Keluarga Malaysia mendapatkan barangan asas pada harga lebih murah.

Menyentuh mengenai perlaksanaan Kedai harga patut pula, Perdana Menteri berkata ianya patut dilaksanakan semula  dan turut menggesa koperasi turut  terlibat untuk menawarkan barangan asas tanpa pembabitan orang tengah untuk mengawal harga.

“ Pelaksanaan Kedai Harga Patut perlu diaktifkan semula di seluruh negara serta menambah kekerapan operasi pasar tani di satu-satu kawasan.

“ Koperasi yang terlibat dalam industri pertanian akan turut dilibatkan untuk menawarkan barangan asas tanpa melibatkan orang tengah untuk mengawal harga.

Dalam pada itu, menurut Ismail lagi, Langkah-langkah jangka panjang untuk mengurangkan tekanan kenaikan harga turut dibincangkan antaranya untuk Menyokong penyelidikan yang dilaksanakan soleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk menjadikan isi rong kelapa sawit bagi menggantikan jagung dan soya sebagai makanan ayam.

“ Mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memanjangkan tempoh penggunaan tanah di bawah lesen pendudukan sementara (TOL) bagi aktiviti pertanian.

“ Jaminan bekalan makanan bukan hanya mencukupi tetapi kemampuan Keluarga Malaysia untuk membeli.

Pelan tindakan jangka panjang ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam mesyuarat NACCOL akan datang katanya

BBerkaitan

Latest articles