Harga Ayam – Sulaiman Cadang peniaga ambil terus bekalan ayam dari ladang

CYBERJAYA – Kerajaan negeri menyarankan mana-mana peniaga yang memerlukan bekalan ayam dalam kuantiti yang banyak perlu mengambil bekalan secara terus daripada peladang.

Memetik laporan portal Melaka Hari ini, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, ia bagi memastikan bekalan ayam mentah mencukupi untuk semua rakyat di negeri itu

“Peniaga boleh dapatkan harga lebih baik atau murah kalau terus beli ayam dari peladang…contohnya di Huat Lai sendiri.

“Jadi bekalan ayam untuk orang biasa tidak akan berkurangan disebabkan peniaga-peniaga ini yang membeli dalam kuantiti besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Pasar Besar MBMB di sini, hari ini.

Hadir sama EXCO Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem; EXCO Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Noordin dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata pihaknya yakin bekalan ayam mentah di negeri ini mencukupi menjelang Julai depan biarpun harga kawalan bahan mentah itu telah berakhir.

“Huat Lai ni pengeluar ayam terbesar di Melaka, dia bukan hanya pengeluar di Melaka, dia juga supply (bekal) ke luar Melaka.

“Pengeluaran ayam ini secara berperingkat, tidak akan berlaku kekurangan ayam sebab peladang dah ada jadual yang ditetapkan,” katanya.

Mengikut rekod, sebanyak 4.2 juta ekor ayam dikeluarkan di negeri ini dalam tempoh sebulan, manakala secara purata lebih 51 juta ekor ayam dikeluarkan setahun melibatkan 114 peladang.

Sementara itu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) akan memantau pengeluaran ayam di peringkat ladang bagi memastikan tidak berlaku gangguan bekalan ternakan itu sehingga boleh menyebabkan peningkatan harga yang mendadak.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 Ahmad Hamzah berkata Mafi juga akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya sehingga membebankan pengguna.

“Kerajaan buat keputusan tidak boleh sentiasa menanggung subsidi (untuk penternak ayam) sebab itu daripada bagi subsidi kepada penternak, kita bagi bantuan terus kepada pengguna…harga ayam akan diapung oleh penternak dan peniaga bermula 1 Julai ini selepas subsidi tidak diberikan kepada mereka.

BBerkaitan

Latest articles