Haramkah Mangsa Banjir Islam Makan Masakan Mereka Yang Bukan Islam Di PPS?

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap murah hati dan ringan tulang apabila melibatkan mereka yang di dalam kesusahan.

Hari ini, apabila bencana banjir melanda beberapa buah negeri, kita dapat melihat betapa sikap dermawan rakyat kita tanpa mengenal usia, agama dan kaum.

Ada yang menyumbang wang ringgit, tenaga dan keringat, barangan keperluan, bahkan ramai juga yang membantu menghantar makanan panas seperti nasi berlauk untuk dijamu kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS).

Tetapi, ada pula isu yang sengaja ditimbulkan oleh sesetengah pihak, dengan mempersoalkan halal-haram bantuan atau sumbangan makanan yang diterima.

Kononnya jika bukan Islam memberi makanan kepada orang Islam, maka ianya haram dimakan.

Begitu mudahnya menjatuhkan hukuman?

Seperti yang dikongsikan Tun Fiqa Mohammad di laman Facebooknya, beliau kesal dengan sikap sesetengah manusia yang sewenang-wenangnya memperlekeh sumbangan ikhlas rakyat, hanya kerana berbeza agama dan kaum.

Apatah lagi ketika tempoh darurat banjir ini.

“Gurdwara hantar makanan, HALAL kawan kawan. Selagi sayur, takde Peppa pig, takde benda sembelihan, MAKAN. Ni masa kecederaan jangan banyak hal. Chapati tu sedap kawan kawan.

“Masa KakYong kat Sri Muda dapat nasi dgn Sambal Tauhu, Telur rebus sebelah. Vegetarian la tu. Taktau sapa masak. Literally ambil tengah jalan dalam plastik atas jalan. MAKAN. Tak ada banyak hal.

“Takde sapa ada masa nak label polistrin tu halal haram melayu masak india masak sikh masak. Setakat makan nak bagi ada tenaga.

“Ni darurat jangan banyak hal.

“Yang haram tu RASUAH. Makan pulak,” tulisnya.

Hantaran wanita ini mendapat lebih 1,000 perkongsian oleh pengikutnya yang bersetuju dengan pandangn tersebut.

BBerkaitan

Latest articles