Hanya Sekumpulan Kecil Sahaja MP UMNO Yang Mahu Persidangan Dewan Rakyat

Akhbar berbahasa Cina, Sinchew Daily melaporkan bahawa hanya sekumpulan kecil Ahli Parlimen UMNO daripada ‘kluster mahkamah’ sahaja yang menyokong persidangan Parlimen untuk membincangkan isu darurat.

Dikatakan daripada 38 wakil rakyat UMNO yang ada, hanya terdapat kira-kira tujuh orang dikatakan menyokong persidangan Parlimen diadakan.

Mereka dilaporkan termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) dan Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian).

Selain itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub telah menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pula tidak pernah menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional.

Dalam laporan yang sama juga, Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin memberitahu, beliau secara peribadinya tidak menyokong persidangan Parlimen diadakan.

Tambahnya hampir semua Ahli Parlimen UMNO juga tidak bersetuju dengan perkara itu.

“Sebagai parti Melayu, UMNO selama ini menghormati pemerintah Melayu dan kami tidak boleh melanggar perintah Yang dI-Pertuan Agong.

“Selain itu, jika kami menyokong persidangan Parlimen, ia bermakna kami juga melanggar kenyataan Presiden UMNO yang menyokong darurat,” katanya.

Mengikut Perlembagaan, Parlimen tidak boleh diadakan semasa darurat dan jika ia diteruskan, maka keadanaan itu akan membawa kepada “persaingan” antara Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong.

Hasan turut menegaska Perlembagaan Malaysian berlainan dengan perlembagaan negara lain yang membenarkan persidangan berlangsung.

BBerkaitan

Latest articles