Hanya Satu Ujian Teori Saja Untuk Lesen Memandu Kelas Berbeza – Anthony

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa 15 September ini, pemilik lesen memandu kereta atau motosikal tidak perlu menjalani ujian teori kai kedua untuk memohon lesen dalam kelas berlainan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata ketetapan itu akan memberi pengurangan yuran lesen sebanyak RM100.

“Sebagai contoh, seseorang yang sudah lulus ujian KPP01 (Teori) bagi lesen memandu motosikal tidak perlu menduduki KPP01 kali kedua apabila ambil lesen memandu motokar,” katanya pada sidang media di kementeriannya, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata calon masih wajib menjalani latihan dan menduduki ujian praktikal di litar dan praktikal di jalan raya secara berasingan apabila mengambil lesen memandu motosikal dan kereta, katanya.

Mengikut peraturan sedia ada, mereka yang ingin mendapatkan lesen motosikal dan kereta secara berasingan perlu menduduki dua ujian teori.

Mengulas lanjut, beliau berkata, usaha itu dibuat selepas mendapat rungutan dan maklum balas orang ramai.

“Inisiatif ini diharap membantu rakyat Malaysia mendapatkan lesen memandu tanpa menjejaskan tahap kecekapan pemandu.

“Ini juga bagi menjimatkan masa dan kos mendapatkan lesen memandu yang sah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memelihara kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles