Hanya Parti Tempatan Tahu Apa Yang Rakyat Tempatan Mahukan

BELAGA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyambut baik keputusan BERSATU untuk tidak meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Disember ini.

Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan pendirian parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu membuktikan semangat politik yang baik antara pihak berkenaan dengan GPS.

Ini sekaligus menunjukkan BERSATU memahami keadaan politik di Sarawak, yakni hanya parti tempatan mengetahui kehendak dan keperluan penduduk negeri.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden BERSATU) atas pengumuman tidak sertai PRN ini.

“Kita (bersama BERSATU) adalah partnerdalam kerajaan Persekutuan. Keputusan ini adalah semangat (politik) yang baik dalam kalangan kita.. Saya yakin mereka faham politik di Sarawak, biarlah orang Sarawak yang menentukan apa yang berlaku di Sarawak dan kita (GPS) boleh menjadi partner dalam gabungan Malaysia untuk rakyat dan negara

Semalam Muhyiddin mengesahkan parti itu tidak akan bertanding pada PRN Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sungai Asap, Belaga,  hari ini.

Semalam, Muhyiddin mengesahkan BERSATU tidak akan menyertai PRN Sarawak dan hanya membantu GPS dalam kempen-kempennya.

Keputusan berkenaan diambil selepas kedua-dua pihak mengadakan perbincangan.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini