Hanya dokumen IMM13 tulen diiktiraf, tiada IMM13 baru kata Menteri KDN

KOTA KINABALU:  Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin hari ini bercadang menjadikan pas IMM13 bakal menjadi dokumen perjalanan tunggal untuk warga asing Filipina di Sabah.

Kerajaan katanya akan hanya mengiktiraf dokumen IMM13 yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen kepada pelarian yang melarikan diri ke Sabah semasa perang saudara di selatan Filipina semasa 1970-an.

Kementerian akan menilai dan mengenal pasti mereka yang memegang dokumen IMM13 dan kemudian menyerahkan kepada kerajaan negara asal mereka untuk mengeluarkan dokumen perjalanan yang teratur kepada mereka yang berkenaan.

Hamzah berkata, keputusan ini dibuat selepas melawat, mendengar dan berbincang dengan semua agensi bawah Kementerian Dalam Negeri di negeri itu.

“Buat masa ini hampir 136,000 pemegang pelbagai kad pendaftaran warga asing di Sabah seperti HIF22, kad Burong-Burong, sijil banci dan IMM13.

“Dengan penyelarasan ini, IMM13 bakal menjadi dokumen pengenalan tunggal kepada warga asing dari Filipina di Sabah secara berperingkat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tiada lagi pengeluaran IMM13 yang baru dan tidak melibatkan PATI atau warga asing Filipina yang tidak ada sebarang rekod dengan pihak berkuasa.

Usaha ini juga dilihat pemegang dokumen IMM13 palsu atau yang tidak diiktiraf mereka dihantar ke negara asal.

Langkah ini bukanlah seperti Pas Sementara Sabah (PSS) yang mahu dilaksanakn oleh Kerajaan Warisan baru-baru ini ditolak rakyat Sabah

PBS sambut Langkah baik KDN

Sementara itu Parti Bersatu Sabah (PBS) menyambut baik pendekatan baru Kementerian Dalam Negeri berhubung isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin di negeri itu.

Menyifatkannya sebagai berita baik, Presiden PBS Maximus Ongkili, yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) berkata, langkah berkenaan akhirnya diharap dapat mengatasi masalah yang sekian lama dihadapi berhubung kehadiran ramai pendatang asing tanpa izin di Sabah.

“Akhirnya, gesaan kita didengar. Kita percaya ia akan dapat menyelesaikan isu yang sekian lama dihadapi. Hari ini, beberapa pemimpin kanan PBS dan saya berkesempatan bertemu Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin bagi membincangkan beberapa isu, termasuk pendatang asing tanpa izin.

“Kami juga menyerahkan satu memorandum kepada beliau untuk berkongsi cadangan dalam menyelesaikan isu yang sentiasa menjadi kebimbangan sejak parti ini ditubuhkan 3 dekad dahulu,” kata Ongkili dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ongkili berkata, “kita yakin sepenuhnya kepada beliau (Hamzah) untuk menyelesaikan isu pendatang asing tanpa izin di Sabah. PBS menyokong sepenuhnya rancangan beliau.”

 

BBerkaitan

Latest articles