Hanya Denda RM6,000, AGC Fail Rayuan Kes Bapa Tiri Rakam, Simpan Video Lucah Remaja

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara hari ini telah memfailkan Notis Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Muar bagi merayu hukuman denda RM6,000 ke atas seorang lelaki yang mengaku bersalah memiliki 18 rakaman video dan beberapa gambar bogel anak tiri perempuannya yang berusia 15 tahun.

Jabatan itu dalam kenyataannya berkata di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 702) memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Untuk rekod Mahkamah Sesyen Muar pada 19 Mac lalu menjatuhkan hukuman tersebut ke atas pekerja pembersian kerana merakam dan memiliki bahan lucah berupa video dan gambar bogel anak tirinya.

Tertuduh berusia 56 tahun mengaku bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan jurubahasa terhadapnya.

BBerkaitan

Latest articles