Hannah Akan Hantar Surat Peguam Kepada Razman

KUALA LUMPUR: Hannah Yeoh akan menyerahkan notis tuntutan kepada Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria, yang mengaitkan pemimpin DAP itu dengan keluarga Yeoh dari kumpulan YTL.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata ucapan pemimpin PAS itu membuat tuduhan lain yang didakwa berunsur fitnah terhadapnya dalam ucapan sama.

“Sebenarnya ucapan Razman Zakaria pesuruhjaya PAS Perak yang menuduh saya macam-macam melebihi satu minit.

“Nantikan surat daripada peguam saya. Fitnah tidak boleh dibenarkan menjadi satu kebiasaan terutama oleh orang yang beragama,” katanya di X.

Semalam Razman memohon maaf dan mengakui terkhilaf dengan dakwaan yang dikeluarkan terdahap Hannah selain turut menyuarakan rasa kecewa dengan liputan media terhadap ucapannya.

Susulan itu, Hannah tampil membidas Razman mengenai dakwaannya dengan memberitahu Adun Gunong Semanggol itu bahawa ‘bukan semua (nama) Yeoh mempunyai kaitan’.

Razman mendakwa laporan media berkait isu terbabit hanya mengambil kira 10 saat daripada 30 minit daripada ceramahnya.

Ucapan itu dibuat dalam program Gerak Muafakat Perak diadakan selama tiga hari membabitkan tiga dewan utama PAS.

BBerkaitan

Latest articles