Hamzah Tidak Salah Guna Pesawat Seperti Yang Didakwa

Tular di media sosial sejak semalam mengenai dakwaan Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung Bersatu menggunakan pesawat awam untuk menjalankan tugas parti

Dakwaan yang dibuat adalah tidak benar, Hamzah berada di Kedah atas urusan sebagai Menteri Dalam Negeri. Mengadakan pertemuan rasmi dengan agensi keselamatan dan melawat tempat-tempat strategik agensi di negeri Kedah.

Perkara itu menjadi tular apabila sebuah laman facebook Bersatu.TV telah memuat naik sekeping gambar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan menyatakan bahawa Menteri KDN itu menggunakan aset kerajaan untuk membuat kerja parti

Di dalam status yang dimuat naik itu, pengendali akaun berkenaan menyatakan “ Ini gambar diambil tadi, ketika Hamzah Zainuddin menghadiri mesyuarat parti di Kedah siang tadi. Hebat betul Menteri PN ni menggunakan aset kerajaan untuk kerja parti.”

” Mesti penyokong UMNO, PAS dan gang semburit seronok dan bangga kan? ” Tulis pentadbir akaun itu lagi

Menerusi semakan di laman rasmi facebook Polis Kedah, memang benar Menteri Dalam Negeri berada di Kedah ketika itu tetapi beliau telah melakukan lawatan kerja rasmi ke negeri berkenaan.

LAWATAN KERJA RASMI MENTERI KDN KE NEGERI KEDAH

ALOR SETAR, 10 Mei 2020 – Menteri Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Sri Hamzah Zainuddin, hari ini telah mengadakan lawatan kerja rasmi di Kontinjen Kedah.
Dato’ Sri Hamzah bersama delegasi dan diiringi YBhg. Dato’ Jamil Bin Rakon, Ketua Setiausaha KDN dan Ketua Polis Kedah, YDH CP Dato’ Zainuddin Yaacob untuk membuat lawatan rasmi di Penjara Pokok Sena, Kedah.

Sejurus selesai lawatan di Penjara Pokok Sena, Kedah, rombongan yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Jamil Bin Rakon telah membuat lawatan ke Kompleks ICQS Durian Burung, Kedah. Semasa lawatan, rombongan tersebut telah diberi taklimat berkaitan situasi keselamatan sempadan dan isu-isu semasa oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kedah.

Rombongan turut dibawa ke Pos Lampara 102 Sempadan Malaysia – Thailand sejurus selepas itu bagi meninjau kawalan sempadan di sepanjang pagar sempadan Malaysia-Thailand.

Adakah media rasmi PPBM itu tidak menyemak fakta dan memuat naik kandungan berita yang tidak benar ke atas Setiausaha agung mereka sendiri ?

baca :-

PH BERPECAH, MUKHRIZ BAKAL HILANG JAWATAN MB KEDAH SEKALI LAGI

Melalui semakan di ruangan maklumat laman facebook Bersatu.tv ini mereka menyatakan bahawa laman facebook mereka ini merupakan Media Rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Maklumat mengenai Laman Facebook Bersatu.tv yang mendakwa mereka merupakan laman rasmi parti PPBM

 

Sehingga berita ini ditulis, hantaran itu telah menerima 946 tanda suka, 2.3 komen dan 483 perkongsian.

Untuk rekod, kerajaan sememangnya kini sedang mengawal ketat dan mengambil berat isi sempadan negara apatah lagi negara sedang berhadapan isu Covid-19.

Baca :- 

Malah Menteri KDN itu berkata tindakan memperketatkan sempadan termasuk lorong-lorong tikus bagi menghalang pencerobohan PATI adalah selari dengan langkah kerajaan menutup pintu masuk negara kepada warga asing bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

“KDN ingin menegaskan bahawa pihak berkuasa akan terus bersiap siaga bagi menghalang sebarang pencerobohan terhadap sempadan mahupun perairan negara,” katanya, menambah PATI yang memegang kad UNHCR di Malaysia diingatkan supaya terus menghormati dan mematuhi undang-undang negara ini

Latest articles

Related articles

spot_img