More

    Hamzah: Mereka Yang Persoal Status PN Kerana Rasa Terancam

     

    Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyifatkan pihak yang mempersoalkan status pendaftaran gabungan itu sebagai terdesak apatah lagi dalam tempoh mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hujung bulan ini.

    Ujarnya, isu itu tidak seharusnya timbul lagi memandangkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) telah meluluskan pendaftaran PN pada 7 Ogos lalu.

    Hamzah mengulas gesaan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mempersoalkan status pendaftaran gabungan berkenaan.

    “Selaku setiausaha agung PN, saya ingin menegaskan bahawa pendaftaran PN telah diluluska noleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 7 Ogos 2020 dan teratur mengikut Akta Pertubuhan 1966 seperti dilampirkan.

    “Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah meluluskan permohonan pendaftaran logo PN untuk digunakan sebagai lambang di atas kertas undi dan semua calon PN yang bertanding menggunakan logo PN telah diumumkan layak untuk bertanding pada hari penamaan calon 12 September 2020 lalu,” katanya pada satu kenyataan, malam tadi.

    Pendaftaran PN telah ditandatangani Setiausaha Bahagian (Perjalanan Pilihan Raya) Zakuan Abdul Halim yang antara lain memaklumkan kelulusan permohonan pengunaan logo PN.

    SPR juga memaklumkan kebenaran logo berkenaan digunakan dalam mana-mana pilihan raya.

    Sebelum ini juga Naib Ketua Pemuda PKR, Syed Badlishah Syed Osman mendakwa tidak menemui sebarang rekod berkenaan pendaftaran PN dalam cariannya di laman sesawang RoS.

    RoS menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa PN telah didaftarkan pada 7 Ogos lalu.

    Mengulas mengenai rekod carian, RoS berkata maklumat berkenaan kelulusan sesebuah pertubuhan, termasuk PN dikemaskini secara automatik setiap dua bulan.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini