Hamzah Dalam Keadaan Stabil

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang sedang menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas dijangkiti COVID-19 kini berada dalam keadaan stabil.

Kenyataan daripda Pejabat Menteri Dalam Negeri (KDN) yang dikeluarkan hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menzahirkan keprihatinan terhadap tahap kesihatan Hamzah.

“Sehubungan itu, Pejabat Menteri Dalam Negeri memohon agar semua pihak untuk terus mendoakan kesembuhan kepada YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin.

“Sebarang perkembangan berkaitan tahap kesihatan YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin yang sahih dan rasmi hanya akan dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Dalam Negeri,” katanya.

Terdahulu tular di laman sosial mendakwa Hamzah telah dimasukkan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana jangkitan virus COVID-19.

Hamzah, pada minggu lalu disahkan positif COVID-19 dan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan serta pemantauan rapat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

BBerkaitan

Latest articles