Hamzah Akan Bahas Usul Undi Percaya Terhadap Anwar

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan menjadi salah seorang Ahli Parlimen yang akan menyertai perbahasan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Larut memaklumkan penyertaannya itu melalui satu hantaran di media sosial.

Selain Hamzah, turut menyertai perbahasan usul undi percaya terhadap Anwar adalah Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang membuat ciapan di Twitter.

Pembentangan usul undi percaya itu adalah bagi membuktikan keabsahan pelantikan Anwar yang mengangkat sumpah jawatan pada 24 November lalu sebagai Perdana Menteri ke-10.

Perbahasan usul berkenaan dijaduan bermula pada pukul 2.30 petang.

Usul tersebut bakal membuktikan Anwar mendapat sokongan ahli Parlimen bagi memimpin kerajaan baharu.

Ini selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah.

Bagaimanapun berdasarkan jumlah undi yang diperoleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu Datuk Seri Johari Abdul pagi tadi Anwar dijangka tidak berhadapan kesukaran untuk memperoleh jumlah undi untuk terus memimpin Kerajaan.

Malah Ahli Parlimen Tambun itu dijangka memperoleh undi majoriti dua pertiga iaitu sebanyak 148 sokongan berdasarkan undi yang diperoleh Johari.

Dalam undian yang dilakukan hari ini Johari memperoleh 147 undi iaitu kurang satu undi untuk majoriti dua pertiga.

BBerkaitan

Latest articles