Tahukah anda? haiwan peliharaan yang comel iaitu Hamster diramalkan akan pupus dalam tempoh 30 tahun akan datang.
Itu ramalan dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh International Union of Nature (IUCN) yang juga melihat nasib yang sama akan berlaku ke atas haiwan Lemur di Madagascar dan paus di Atlantik Utara.
Menurut laporan berita Daily Star, kandungan laporan berkenaan dinyatakan oleh Penulis Laporan IUCN, Dr Mikhail Rusin, kejadian itu akan berlaku ekoran penurunan kadar pembiakan yang ketara hingga menyebabkan bilangan haiwan berkurangan.
BACA JUGA – Netizen Kongsikan Gelagat Khatib Menyampaikan Khutbah Di Aidilfitri
“Pada abad ke-20, hamster mempunyai 20 anak pada satu masa, tetapi pada masa ini mereka hanya mempunyai lima atau enam.
“Pembangunan industri dan pencemaran cahaya dianggap sebagai beberapa sebab mengapa jumlahnya menurun,” katanya.
Beliau berkata, walaupun langkah-langkah pemuliharaan termasuk untuk hamster dilakukan, penurunan populasi masih tetap berlaku.
“Lebih ramai penyelidik diperlukan untuk mencari punca dan kemungkinan mengapa jumlah hamster ini semakin berkurangan dan berpotensi untuk pupus,” katanya.