Hampir 600 Orang Doktor Meninggal Dunia Ketika Gelombang Kedua COVID-19 Di India

Persatuan Perubatan India (IMA) dalam satu kenyataan menlaporkan seramai 594 orang doktor meninggal dunia, pada gelombang kedua wabak COVID-19 di negara itu.

Hindustan Times melaporkan kebanyakan doktor meninggal dunia di ibu negara yang juga satu kawasan banyak dilaporkan kes jangkitan COVID-19.

Wilayah lain seperti Bihar, Uttar Pradesh, Rajasthan, dan Jharkhand turut menyaksikan kematian sejumlah besar doktor pada gelombang kedua penularan pandemik itu.

Data dikongsikan oleh IMA menunjukkan seramai 107 doktor meninggal dunia di New Delhi, semasa gelombang kedua.

Ini diikuti 96 kematian di Bihar, Uttar Pradesh (enam), Rajasthan (43) dan Jharkhand (39).

IMA sebagai pertubuhan doktor sukarela di India memaklumkan mungkin jumlah kematian sebenarnya melebihi statistik itu.

Ini memandangkan persatuan hanya mempunyai rekod 350,000 daripada 1.2 juta doktor di seluruh India.

Data dikeluarkan IMA itu boleh dipercayai dan menjadi pendekatan mengenai gambaran keadaan doktor di India ketika wabak COVID-19.

BBerkaitan

Latest articles