Hampir 16,000 Masjid Di Xinjiang Dirobohkan Kerajaan China

Pasukan pemikir Australia mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 16,000 masjid di wilayah Xinjing telah dirobohkan, selain lebih dari sejuta munoriti Islam Uighur dan komuniti berbahasa Turkic di barat daya China ditahan di ratus kem dan dipaksa meninggalkan kepercayaan agama mereka.

Menerusi laporan pencabulan hak asasi manusia Dasar Strategik Australia (ASPI), berpandukan kepada imej rakaman satelit, mendapati sekurang-kurangnya 16,000 masjid dimusnahkan atau dirosakkan pihak berkuasa China.

Sebahagian besar pemusnahan itu berlaku tiga tahun lalu dengan anggaran 8,500 masjid musnah sepenuhnya dan menurut laporan itu lagi, kerosakan paling besar berlaku di kawasan bandar, seperti Urumqi dan Kashgar.

Sehingga kini bilangan masjid yang tinggal di sekitar Xinjiang dilaporkan sebanyak 15,500, menjadikan ia sebagai jumlah rumah ibadat Islam yang terendah pernah dicatatkan di rantau berkenaan sejak Revolusi Kebudayaan pada 1960an.

Menurut ASPI, hampir satu pertiga tapak suci Islam di Xinjiang seperti makam, laluan jemaah dan tanah perkuburan turut menjadi mangsa.

AFP pula menerusi laporannya pada tahun lalu mendedahkan penemuan puluhan tanah perkuburan dimusnahkan, dengan cebisan mayat serta batu nisan berselerakan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa China menegaskan penduduk Xinjiang diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengikuti amalan agama masing-masing.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin, mendakwa terdapat kira-kira 24,000 masjid di sekitar Xinjiang iaitu jauh lebih banyak berbanding sesetengah negara Islam.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,871FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini