Hamas, Israel Tandatangani Fasa Pertama Perjanjian Damai Gaza

WASHINGTON: Hamas dan Israel menandatangani fasa pertama perjanjian damai Gaza yang merangkumi penghentian peperangan, pengunduran tentera penceroboh, kemasukan bantuan kemanusiaan serta pertukaran tebusan.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan perkara itu sambil memuji peranan Turkiye, Qatar dan Mesir yang menjadi perantara utama.

“Saya amat berbangga mengumumkan bahawa Israel dan Hamas sudah menandatangani fasa pertama Rancangan Keamanan kami. Semua tebusan akan dibebaskan tidak lama lagi, dan Israel akan mengundurkan tenteranya ke garisan yang dipersetujui,” kata Trump dalam ciapan di Truth Social.

Hamas turut mengesahkan persetujuan itu melalui kenyataan di saluran Telegram rasmi mereka, menyeru semua pihak termasuk negara Arab, Islam dan komuniti antarabangsa memastikan Israel mematuhi komitmen perjanjian tersebut.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyambut baik perkembangan itu dan memaklumkan kabinetnya akan bermesyuarat bagi meluluskan perjanjian gencatan senjata berkenaan.

“Hari yang hebat untuk Israel,” katanya.

Perjanjian itu merupakan sebahagian daripada Pelan Damai 21 Perkara yang dicadangkan Trump, meliputi pembebasan semua tebusan dalam tempoh 48 jam, penamatan pertempuran, pelaksanaan program penyahradikalisasi di Gaza serta kemungkinan penubuhan negara Palestin sebagai langkah jangka panjang ke arah keamanan berkekalan.

Konflik dua tahun di Gaza sejak Oktober 2023 telah meragut hampir 67,200 nyawa penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

BBerkaitan

Latest articles