Halimah Sadique, Tajuddin Positif COVID-19

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique disahkan dijangkiti positif Covid-19.

Menurut satu kenyataan daripada kementerian itu, Halimah disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan, kelmarin.

Terbaru, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan COVID19 semalam.

Tajuddin memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan beliau, kata jurucakapnya.

Mereka yang kontak rapat dengan beliau, dinasihati membuat ujian saringan COVID-19.

Sebelum ini, beberapa menteri dah ahli politik telah disahkan dijangkiti COVID-19, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Mustapa Mohamed; Menteri Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz.

BBerkaitan

Latest articles