Hak Sabah, Sarawak Dijamin Di Bawah Pimpinan Kerajaan PN

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan pimpinannya komited mempertahankan hak dan keistimewaan rakyat dan negeri Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Malah satu Majlis Khas yang akan memantau dan membincangkan perincian Perjanjian 1963 ditubuhkan yang akan dipengerusikan oleh beliau sendiri dan turut dianggotai ketua menteri Sabah dan Sarawak.

Malah menteri-menteri kabinet juga akan dilantik mengikut kesesuaian, kelayakan dan kepakaran masing-masing.

“Majlis Khas ini akan membincangkan isu-isu yang berkait dengan hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, antaranya kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu, hak negeri di bawah Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan, MA63 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), keselamatan negeri dan pendidikan.

“Majlis Khas ini akan dibantu oleh jawatankuasa sedia ada yang telah ditubuhkan di peringkat kementerian dan agensi persekutuan berdasarkan isu-isu yang berkaitan,” katanya semasa berucap pada majlis sambutan Hari Malaysia 2020, di Stadium Tertutup Sibu, di Sarawak, malam tadi.

Muhyiddin menambah, Majlis Khas itu berperanan untuk melihat dan merungkai beberapa isu yang masih tertangguh berkenaan hak dan kedudukan Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian 1963 dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malag Jalinan Digital Negata (JENDELA) yang akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 juga diharap dalam terus memajukan pembangunan di kedua-dua negeri berkenaan.

“Inisiatif ini adalah selaras dengan komitmen Kerajaan Perikatan Nasional untuk memastikan tiada warganegara yang ketinggalan dalam mengecapi nikmat pembangunan…termasuk penduduk di Sabah dan Sarawak yang kita ketahui sebahagian besarnya agak ketinggalan dari segi memperoleh akses kepada capaian internet berkelajuan tinggi,” katanya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,802FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini