Hadi: PAS Dan PN Terus Bekerjasama, Percaya Sokongan Rakyat Semakin Bertambah

JOHOR BAHRU: PAS mendakwa sokongan pengundi terhadap Perikatan Nasional (PN) semakin meningkat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang mahu kerjasama PAS di dalam PN diperkukuhkan dan terus menyantuni rakyat.

Ujarnya, walaupun PN hanya memenangi tiga kerusi DUN, PAS dan PN menerima keputusan pilihan raya itu dengan hati yang lapang.

“Di kesempatan ini, PAS mengucapkan terima kasih kepada para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Kesihatan, serta jentera parti yang bertugas dalam memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar dan selamat.

“PAS turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Johor yang telah mengundi calon-calon PN, khususnya yang dikemukakan oleh PAS,” katanya.

Hadi berkata PN akan meneruskan agenda prihatin, berintegriti dan berkebajikan demi kemaslahatan negeri serta negara.

BBerkaitan

Latest articles