Hadi Ingatkan Jangan Berkasar Dengan Rakan, Jangan Jadi Punca Perpecahan

 

Selepas dua hari berlalu Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020), Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil dengan kenyataan bahawa partinya membawa agenda perpaduan ummah bagi menghalang perpecahan yang kini merupakan masalah dihadapi umat Islam.

Meskipun tidak menamakan secara khusus pihak mana yang dimaksudkan, namun kenyataan itu hadir selepas UMNO membuat resolusi memutuskan hubungan dengan BERSATU dan memutuskan bilakah ia akan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Ummah yang dimaksudkan ialah umat Islam dan juga kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem. Inilah agenda perpaduan kita.

“Maka jangan kita berkasar terhadap rakan kita. Sebaliknya kita mesti menjalinkan hubungan bersaudara dan berukhuwah sesama kita.

“Jangan pula kita menjadi sebab berlakunya perpecahan. Bersabar dan jadilah pendamai,” katanya dalam satu catatan di Facebook semalam.

Ahli Parlimen Marang itu hadir dalam perhimpunan berkenaan tetapi enggan menjawab pertanyaan media ketika ditanya mengenai ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai keputusan menamatkan kerjasama dengan BERSATU.

BBerkaitan

Latest articles