GV Ride Tawar Promosi Tambang RM5 Sehari di Seluruh Lembah Klanng

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan e-hailing tempatan, GV Ride, mengumumkan promosi istimewa tambang RM5 kepada semua penumpang di seluruh Lembah Klang, berkuat kuasa 22 Disember 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif GV Ride, Kabeer Singh Maand berkata, promosi tersebut ditawarkan sekali sehari bagi setiap penumpang sebagai tanda penghargaan atas sambutan luar biasa yang diterima daripada masyarakat.

Menurutnya, langkah berkenaan bukan sahaja bertujuan membalas sokongan pengguna, malah bagi memperkenalkan perkhidmatan e-hailing tempatan yang lebih selamat, berkualiti dan diyakini rakyat Malaysia.

“Langkah ini diambil sebagai penghargaan atas sokongan yang diberikan, di samping memperkenalkan perkhidmatan e-hailing tempatan yang lebih selamat dan berkualiti,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, penumpang hanya perlu memuat turun aplikasi GV Ride melalui Google Play Store atau Apple App Store bagi menikmati tawaran promosi berkenaan.

Tambah Kabeer, pihaknya berharap promosi itu dapat memberi manfaat kepada penduduk Lembah Klang dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang mudah, selamat dan dipercayai.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari www.gvride.com atau menghubungi talian +6012-500 3217. Mereka juga boleh mengikuti perkembangan terkini GV Ride menerusi Facebook (GV Ride) dan Instagram (mygvride).

BBerkaitan

Latest articles