KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan e-hailing tempatan, GV Ride, mengumumkan tawaran 0% komisen (tiada caj platform) kepada semua pemandunya sempena sambutan Tahun Baharu 2026.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GV Ride, Kabeer Maand berkata, inisiatif ini bermakna pemandu menyimpan 100% tambang bersih bagi setiap perjalanan yang diselesaikan, tanpa sebarang potongan komisen oleh platform.
“Inisiatif 0% komisen ini bertujuan meringankan beban pemandu dan membantu mereka menjana pendapatan yang lebih baik.
“Sempena Tahun Baharu 2026, GV Ride tidak mengenakan sebarang caj atau komisen kepada semua pemandu GV Ride,” katanya.
Menurut beliau, langkah tersebut mencerminkan komitmen GV Ride dalam menyokong kebajikan pemandu tempatan serta membina ekosistem e-hailing yang lebih adil dan mampan.
“Kami mengalu-alukan lebih ramai pemandu untuk menyertai GV Ride serta mengajak pengguna mencuba perkhidmatan kami. Pelbagai promosi dan inisiatif menarik akan diperkenalkan dari semasa ke semasa,” tambahnya.
Beliau turut memaklumkan bahawa GV Ride akan terus melaksanakan aktiviti berasaskan komuniti sebagai usaha mendekatkan platform dengan rakyat serta menyokong pembangunan komuniti setempat.
“Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari www.gvride.com atau menghubungi talian +6012-500 3217.
“Perkembangan terkini GV Ride juga boleh diikuti melalui Facebook (GV Ride) dan Instagram (mygvride),” katanya.
GV Ride merupakan antara platform e-hailing tempatan yang aktif berkembang dengan fokus utama terhadap pendapatan pemandu, kebajikan komuniti, dan sokongan kepada ekonomi tempatan.










