Gusar PH Kembali Berkuasa, Pemimpin PAS Ajak Kesepaduan Parti Melayu-Islam

KUALA LUMPUR: Tidak mustahil untuk Pakatan Harapan (PH) kembali menjadi kerajaan sekiranya parti-parti politik berasaskan Melayu dan Islam terus bercakaran.

Melihat kepada kemungkinan itu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki menggesa pemimpin-pemimpin daripada parti Melayu dan Islam untuk meneroka ruang yang masih bersisa untuk menghalang penguasaan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Adakan pakatan pilihan raya di negeri-negeri dan kerusi-kerusi tertentu. Dengan kehendak Allah, PH akan kecundang kali ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Ujar Zuhdi, sikap pemimpin dan parti Melayu-Islam yang asyik menyerang sesama sendiri secara tidak langsungnya memanfaatkan PH yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah

Kegusaran yang sama ini pernah diluahkan Zuhdi selepas UMNO dan PAS berterusan dingin dalam kerjasamanya di dalam Muafakat Nasional (MN).

Beliau percaya sekiranya ini tidak dielakkan, maka pertembungan antara kedua-dua parti di 27 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia boleh berlaku.

BBerkaitan

Latest articles