More

    Guru Wanita Baru Kahwin 10 Hari Maut Dalam Kemalangan

    Seorang guru yang baru melangsungkan pernikahan pada 27 Julai maut dalam kemalangan di Kampung Kijang, berhampiran Jambatan Merotai, dalam kejadian jam 7,50 pagi tadi.

    Mangsa, Dayana Damsah, 27, maut di tempat kejadian selepas kereta yang dinaiki bersama tiga lagi guru wanita berbabas dan menjunam ke dalam gaung.

    Ibu mentua mangsa, Pujiah Narusin, 56 dimaklumkan kejadian itu oleh anaknya, Nurhan Ayub, 27, yang juga suami kepada Dayana yang memintanya ke hospital selepas dimaklumkan berkenaan kemalangan terbabit.

    “Ketika itu kami cuma dimaklumkan ada mangsa yang terkorban, namun identiti belum dapat dikenal pasti sehinggalah pengecaman dibuat ahli keluarga,” katanya.

    Seorang lagi rakan Dayana iaitu Nurizyani Kafli @ Masri, 24, juga turut meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tawau.

    Sementara dua lagi mangsa, Hasnaini Paiori dan Nur Zairah Aladin dilaporkan parah dan dirawat di hospital yang sama.

    Kesemua mereka sedang dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Umas untuk mengajar.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini