Guru Tampar, Tumbuk Empat Murid Selepas Kantoi Hisap Rokok

KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Pontian sedang disiasat selepas didakwa bertindak menampar dan menumbuk empat muridnya kerana berang diintai mangsa kerana merokok.

Ketua Polis Pontian Mohammad Shofee Tayib memaklumkan, pihaknya menerima laporan daripada ibu bapa murid berkenaan yang didakwa dimarah dan dipukul guru berusia 48 tahun terbabit pada petang Rabu.

Lapor Kosmo!, murid-murid yang berusia 10 dan 11 tahun pulang dari sekolah dalam keadaan menangis dan menggigil sebelum menceritakan kepada ibu bapa mereka mengenai kejadian tersebut.

Shofee berkata, salah seorang murid berkenaan juga mengalami sakit kecederaan di bahagian atas dan kening kiri.

“Siasatan yang dijalankan ke atas guru terbabit, lelaki itu mengakui marah kerana salah seorang muridnya mengintai ketika sedang menghisap rokok di kawasan stor sekolah.

“Setakat ini tiada tangkapan dilakukan ke atas guru tersebut kerana polis masih menunggu arahan perintah untuk menyiasat daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

“Polis juga mengeluarkan notis kepada empat murid tersebut bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut di Hospital Pontian,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles