Guru Sekolah Rendah Mengaku Tak Salah Cabul Dua Murid Dalam Rumah Hantu

KUALA LUMPUR: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid Tahun 6, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Azhar Mohamad, 44 , membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan berasingan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Malaysia Gazette melaporkan, mengikut pertuduhan pertama, bapa tiga anak itu didakwa melakukan amang seksual fizikal seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dengan cara menyentuh payudara mangsa.

Tertuduh juga didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap seorang lagi murid lain berusia 12 tahun dengan dengan cara menyentuh payudara dan kemaluan mangsa.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rendah di Paya Rumput dalam daerah Melaka Tengah di sini kira-kira jam 9.30 pagi 8 Januari 2025.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Yusof menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap pertuduhan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu dikenakan jaminan rendah dengan alasan bekerja sebagai guru dan menanggung ibu serta tiga anak berusia 7, 11 dan 13 tahun yang masih bersekolah.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM21,000 iaitu RM11,000 dan RM10,000 masing-masing bagi pertuduhan pertama dan kedua.

Tertuduh juga dikenakan syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis setiap bulan, tidak boleh mendekati mangsa serta saksi pendakwaan dan perlu hadir setiap kali sebutan dan perbicaraan sehingga kes selesai.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula dan serahan dokumen pada 17 Februari 2025.

MalaysiaGazette pada 9 Januari lalu melaporkan seorang guru direman enam hari ini selepas disyaki mencabul dua muridnya berusia 12 tahun dalam rumah hantu karnival sekolah.

Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi berkata, kejadian terbongkar kira-kira pukul 10.30 pagi hari sebelumnya apabila dua murid Tahun 6 sekolah terbabit datang bertemu guru besar sekolah, dalam keadaan takut dan menangis.

Mangsa pertama menceritakan, suspek yang mengajaknya masuk ke rumah hantu sekolah kira-kira pukul 10 pagi telah mencabulnya dengan cara memeluk dan memegang payudara.

Tambah Md Nazri, mangsa pertama tidak berani membuat apa-apa kerana ketakutan sebelum mangsa kedua juga telah diperlakukan perbuatan sama oleh suspek dalam rumah hantu berkenaan.

Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas suspek juga mendapati positif jenis methamphetamine (syabu).

BBerkaitan

Latest articles