Guru Ajak Masuk Rumah Hantu Sebelum Raba Dua Pelajar Tahun Enam

KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Melaka direman selama enam hari bermula hari ini, selepas disyaki mencabul dua muridnya berusia 12 tahun dalam rumah hantu bersempena karnival sekolah, semalam.

Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri mengeluarkan perintah remah itu di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, pagi tadi.

Suspek berusia 43 tahun dan sudah berkahwin.

Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi ketika dihubungi berkata, suspek direman sehingga 14 Januari ini.

“Kejadian terbongkar kira-kira pukul 10.30 pagi semalam apabila dua murid Tahun 6 sekolah terbabit datang bertemu guru besar sekolah, dalam keadaan takut dan menangis.

“Mangsa pertama menceritakan, suspek yang mengajaknya memasuki ke rumah hantu sekolah kira-kira pukul 10 pagi telah mencabulnya dengan cara memeluk dan memegang payudaranya,” katanya sebagaimana memetik laporan Malaysia Gazette.

Menjelaskan lebih lanjut, Md Nazri berkata mangsa pertama tidak berani membuat apa-apa kerana ketakutan sebelum mangsa kedua juga telah diperlakukan perbuatan sama oleh suspek dalam rumah hantu berkenaan.

Menurutnya, pengadu yang terkejut dengan kejadian itu meminta beberapa guru wanita lain untuk menenangkan kedua-dua mangsa yang dalam ketakutan.

Jelas beliau, pengadu dan beberapa guru lain kemudian mencari suspek yang masih berada di kawasan rumah hantu bertanyakan kejadian itu, namun suspek menafikannya.

“Guru besar berkenaan bagaimanapun menghubunginya penjaga kedua-dua mangsa menceritakan hal tersebut sebelum membuat laporan polis.

“Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas suspek juga mendapati positif jenis methamphetamine (syabu),” katanya.

BBerkaitan

Latest articles