Gurauan Pukul Kepala Sebab Minta Bantuan Belajar Saat Akhir

KUALA LUMPUR: PAS Kedah menerusi Kawasan Sik mempertahankan tindakan gurauan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mengetuk kepala seorang wanita dengan helaian kertas baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di Facebook, mereka berkata gurauan spontan itu dibuat oleh Muhammad Sanusi kerana wanita itu menghantar surat permohonan sumbangan pendidikan ke instutusi pengajian tinggi pada saat akhir.

Bahkan sumbangan tetap diberi kepada pelajar terbabit.

“Anak tu nak masuk politeknik esok hari (kelmarin dulu). Pada hari tu baru bagi surat minta sumbangan. Kena lepuk lah tapi tetap bagi juga RM650 untuk beli barang dia masuk politeknik,” menurut hantaran itu.

Semalam, Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz berkata, Muhammad Sanusi sepatutnya menjaga kehormatan orang ramai selepas perbuatannya mengetuk kepala seorang wanita dengan helaian kertas tular di media sosial.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa memberitahu, adab perlu dijaga lebih-lebih lagi oleh pemimpin berpangkat besar seperti Menteri Besar.

Menerusi video itu, orang ramai di lokasi kejadian kelihatan hanya ketawa, seolah-olah menganggap perbuatan itu sebagai jenaka spontan sahaja.

BBerkaitan

Latest articles