More

    Guna Logo Dacing Untuk PRN Sabah, PRU15 – Pemuda Umno

    Barisan Nasional (BN) dan rakan kerjasamanya iaitu PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dicadang untuk menggunakan logo rasmi ‘dacing’ untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

    Cadangan itu diusulkan oleh Pemuda Umno menerusi mesyuarat Biro Politik Pemuda Umno dan disusuli dengan mesyuarat Majlis Ketua-Ketua Pemuda Negeri dan Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

    “Kami Pergerakan Pemuda Umno Malaysia telah sepakat dan membuat ketetapan untuk diangkat sebagai cadangan kepada pemimpin tertinggi parti agar dapat mempertimbangkan penggunaan logo dacing atau Barisan Nasional(BN) dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah mahupun pilihan raya umum ke-15 akan datang,” demikian menurut Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

    Respon itu menyusul selepas Ketua Armada Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memberitahu bahawa Perikatan Nasional (PN) akan menggunakan bendera bewarna biru gelap dengan tulisan ‘Perikatan Nasional’ untuk PRN Sabah kelak.

    Kenyataan Wan Ahmad Fayhsal menerusi satu klip video yang dirakam tersebar di laman sosial selain beliau dilaporkan mendakwa PAS menyokong gabungan PN walaupun Umno telah menarik diri.

    Sementara itu, Asyraf berkata isu pengagihan kerusi antara Umno dan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) perlu berjalan dengan baik supaya tidak berlaku pertembungan yang hanya akan memudaratkan kerjasama.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini