Guan Eng Tuntut Siti Mastura Kemuka Bukti Kaitan Keluarga Dengan Chin Peng

KUALA LUMPUR: Pemimpin DAP, Lim Guan Eng memberi tempoh masa sehingga esok supaya Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad mengemukakan bukti bahawa beliau mempunyai tali persaudaraan dengan pemimpin komunis, Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Bagaimanapun Siti Mastura enggan melayan desakan Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Sebaliknya beliau meminta kesemua pihak yang mengecamnya menonton video ceramah secara keseluruhan dan bukan separuh-separuh.

“Tengok video itu sampai habis, saya tidak menjawab soalan yang tidak tahu fakta,” katanya di Parlimen semalam.

Dalam sesi Dewan Rakyat semalam, Siti Mastura juga ‘diganggu’ beberapa Ahli Parlimen dari kerajaan yang menuntut beliau mengemukakan bukti atas dakwaan terhadap Guan Eng itu.

Dalam video yang tular, Siti Mastura mendakwa Guan Eng mempunyai tali persaudaraan dengan Chin Peng dan Kuan Yew.

Bekas Menteri Kewangan Pakatan Harapan (PH) itu merujuk kepada penularan satu video ucapan Siti Mastura dalam program parti itudi Kemaman, Terengganu, baru-baru ini.

Mastura turut mendakwa Guan Eng juga mempunyai hubungan keluarga dengan ramai pemimpin DAP seperti Anthony Loke, Nga Kor Ming, Teresa Kok dan Datuk Ngeh Koo Ham.

BBerkaitan

Latest articles