Guan Eng Tak Pernah Bawa 101 Projek Berjumlah RM6.61 Bil Ke Kabinet, Kata Azmin

Pendedahan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa sepanjang pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang lalu bahawa sebanyak 101 projek dengan perolehan berjumlah RM6.61 bilion telah ditawarkan secara rundingan terus, mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat, hari ini.

Rata-rata ahli parlimen kerajaan mendesak bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng memberi penjelasan kepada rakyat dengan mempersoalkan bagaiman kesemua projek dengan jumlah yang besar itu dilakukan secara rundingan terus.

Keadaan semakin panas apabila Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan bahawa perkara itu tidak pernah dibincangkan ke mesyuarat kabinet sepanjang pentadbiran PH yang lalu.

 

“YB Bagan tidak pernah bincang peruntukan RM6.61 bilion ini dalam Mesyuarat Kabinet,” kata Azmin.

Perkara itu juga disokong oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dengan memaklumkan tidak ada sebarang agenda berkenaan peruntukan itu dibawa ke mesyuarat kerajaan.

Meskipun beberapa ahli parlimen pembangkang cuba menepis kenyataan Azmin, namun Ahli Parlimen Gombak itu mengulangi perkara yang sama bahawa jumlah peruntukan itu tidak pernah dibincang di kabinet sepanjang beliau berada dalam pentadbiran PH.

Kekecohan semakin bertambah apabila ramai ahli parlimen mendesak supaya Tengku Zafrul mendedahkan kesemua senarai projek yang diberi secara terus tersebut.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini