Guan Eng Membisu Selepas 7 Jam Disoal Siasat SPRM

Bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng hari ini hadir memberi keterangan buat kali kedua berkenaan projek terowong bawah laut Pulau Pinang.

Ditemani peguamnya, RSN Rayer, bagaimanapun kedua-duanya enggan memberi komen kepada pemberita selepas tujuh jam disoal siasat sejak jam 12.30 tengah hari tadi.

Setiausaha Agung DAP itu juga diminta untuk memberi keterangan tambahan yang sama pada esok hari.

SPRM sebelum ini menyoal Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin sebagai sebahagian daripada siasatan kes sama.

Awal bulan ini, pegawai SPRM juga mengunjungi pejabat dua exco Pulau Pinang.

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Jeffrey Chew ditahan pada 1 Julai lalu dan direman selama empat hari untuk membantu siasatan.

Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan RM100,000.

Siasatan terhadap kes terowong dasar laut di negeri itu bermula sejak Mac 2019, selepas pemimpin kerajaan DAP menerima sogokan untuk membolehkan Consortium Zenith Construction (CZC) Sdn Bhd menerima tender projek berkenaan.

Guan Eng menafikan dakwaan itu dengan mengatakan CZC memperolehi projek berkenaan menerusi tender terbuka.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini