More

    Guan Eng Dakwa Tak Makan Rasuah Sepanjang Jadi Ketua Menteri

    Bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan pendakwaan ke atasnya pada hari ini sebagai bermotifkan politik, selain menegaskan dirinya tidak pernah menerima suapan sepanjang memegang jawatan berkenaan.

    “Saya ingin menegaskan bahawa saya tak pernah menerima sebarang suapan.

    “Dan ini pun tak ditanyakan oleh SPRM (kepada saya).

    “Dia (SPRM) tak pernah bertanyakan mana suapan saya, sama ada dalam bentuk wang tunai atau pun dalam akaun bank saya. Tak ada puluhan juta, tak ada bilion ringgit.

    “Saya akan lawan tuduhan rasuah ini yang saya rasa bermotifkan politik, tak berasas, untuk mencemarkan nama baik saya sebagai seorang anggota parlimen dari pembangkang” katanya dalam sidang media di lobi mahkamah, hari ini.

    Guan Eng, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM6.3 bilion berhubung pembinaan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

    Mengikut pertuduhan Setiausaha Agung DAP itu meminta suapan sebanyak 10 peratus dari keuntungan yang diperolehi Consortium Zenith Construction Sdn Bhd sebagai ‘upah’ pemberian projek berkenaan.

    Guan Eng dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM1 juta dengan dua penjamin.

    Bekas menteri kewangan itu akan berdepan dua lagi pertuduhan di mahkamah Pulau Pinang pada Isnin dan Selasa depan.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini