Percaturan bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk mengadakan pilihan raya negeri ternyata gagal selepas gabungan parti-parti sekutu kerajaan tumbang kepada Gabungan Rakyat Sabah dengan hanya menang di 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Manakala GRS yang menyaksikan gabungan antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang di 38 kerusi DUN.
Baki tigas lagi kerusi DUN dimenangi oleh calon Bebas.
Untuk rekod sebanyak 73 kerusi DUN dipertandingkan untuk PRN Sabah.
Secara pembahagian, Perikatan Nasional (PN) mendapat 17 kerusi, Barisan Nasional (14) dan Parti Bersatu Sabah (7).
Manakala pembahagian kemenangan kerusi Warisan Plus pula ialah Warisan (27) kerusi, PKR (2), bebas (3) dan UPKO (1).
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kemenangan GRS sebagai petanda positif bahawa rakyat Sabah menerima baik calon-calon wakil rakyat yang dipertaruhkan.
“Inilah masanya untuk anda semua mencurah khidmat bakti yang terbaik kepada rakyat dan membuktikan bahawa kita sebenar-benarnya adalah prihatin kepada rakyat.
“Yang penting GRS yang akan membentuk Kerajaan Negeri Sabah mestilah berusaha sedaya upaya untuk menunaikan segala komitmen yang dinyatakan dalam Aku Janji GRS,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di rangkaian televisyen dan media sosial.