GPS Umum Sokong Muhyiddin, PN

Demi kestabilan politik negara, Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini menegaskan ia menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Pendirian tersebut dinyatakan menjelang pertemuan antara Muhyiddin dan pemimpin GPS di Kuching, lewat petang ini.

“Pada masa depan kalau kita punyai kestabilan politik yang baik, ini akan jadi tarikan kepada pelaburan dan pembangunan kita.

“Sebab itu GPS sokong PM (Muhyiddin) jadi PM kerana menstabilkan negara. Kalau negara kita stabil, kita dapat hadapi cabaran lebih besar,” katanya di perjumpaan kakitangan awam Sarawak dengan Perdana Menteri.

Susulan perkembangan itu, Muhyiddin kemudian mengucapkan terima kasih kepada ketua menteri itu yang menyatakan sokongan terhadapnya.

“Saya tidak jangkakannya… Sokongan khas dari ketua menteri Sarawak (kepada saya) sebagai pemimpin kerajaan (persekutuan), bukan hanya sekarang tetapi untuk masa depan juga.

“Moga-moga doa kita akan dimakbulkan,” kata perdana menteri.

Untuk rekod, Abang Johari sebelum ini dilaporkan berkata bahawa kerajaan negeri akan segera membuat keputusan berkaitan hubungannya dengan Putrajaya.

Ia berikutan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang kini dikatakan goyah susulan tindakan UMNO memutuskan hubungan dengan BERSATU, namun dalam masa yang sama ia bersetuju untuk terus kekal dalam pemerintahan sehingga Ogos.

Begitu juga pendirian UMNO seperti yang dinyatakan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu mungkin menarik sokongan kepada PN pada bila-bila masa.

GPS bukan anggota gabungan PN, tetapi adalah sekutu kerajaan pusat.

BBerkaitan

Latest articles