GPS Tunggu Hukuman BERSATU Terhadap Ali Biju

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju, yang bertanding sebagai calon Bebas bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyifatkan tindakan Ali telah melanggar perjanjian dibuat Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang telah menegaskan partinya tidak akan terbabit dalam Pilihan Raya Negeri Negeri (PRN) Sarawak.

Sehubungan itu, GPS menunggu bentuk tindakan yang bakal diambil BERSATU terhadap Ali.

“Tan Sri Muhyiddin membuat kenyataan media akan mengambil tindakan kepada Ali Biju, (jadi) kita tunggu.

“Sudah tentu saya kecewa kerana ada perjanjian khusus kerana beliau (Muhyiddin) beritahu tiada calon BERSATU dalam PRN Sarawak,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Manifesto GPS, malam tadi.

Ali memenangi kerusi DUN Krian ketika bersama PKR pada PRN 2011 dan 2016, namun menyertai BERSATU selepas ‘Langkah Sheraton’.

Muhyiddin dilaporkan berkata, perkara itu diputuskan ketika perbincangan bersama Abang Johari.

Bagaimanapun, ketika hari penamaan calon berlangsung Isnin lalu, Ali secara tiba-tiba muncul di pusat penamaan calon dan menyerahkan borang untuk bertanding sebagai calon Bebas.

Beliau berdepan saingan empat penjuru daripada Musa Dinggat (PSB), Danny Kuan (PBK) dan Friday Belik (GPS).

BBerkaitan

Latest articles