Golongan Kanak-Kanak Diberi Peluang Suarakan Isu Berkaitan Mereka

KUALA LUMPUR: Isu jenayah seksual dan penderaan dalam kalangan kanak-kanak menjadi antara topik tumpuan dalam Program Pembentangan Isu dan Resolusi Majlis Perwakilan Kanak-Kanak (MPKK) yang diadakan di Bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Rina Harun, pelbagai isu dan topik telah dibentang dari wakil MPKK yang komited dan cakna terhadap situasi semasa.

Program itu diadakan bersempena Persidangan Majlis Perwakilan Kanak-kanak Tahun 2022.

“Antara isu dan resolusi yang diketengahkan ialah berkaitan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam talian, penderaan kanak-kanak dan inisiatif untuk meningkatkan keselamatan kanak-kanak.

“Turut dibincangkan ialah isu kesihatan mental kanak-kanak, statistik tumbesaran kanak-kanak serta pendapat tentang pemansuhan peperiksaan UPSR dan PT3,” katanya melalui satu hantaran di laman rasmi Facebooknya hari ini.

Tambah Rina lagi, golongan kanak-kanak ini diberi peluang untuk mengemukakan isu serta cadangan kepada agensi yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

“Inilah yang kita harapkan agar anak-anak kita mewarisi dan menjadi pelapis masa hadapan selaras dengan aspirasi negara,” ujarnya.

Program tersebut disertai seramai 150 ahli
MPKK yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk wakil Orang Asli dan Orang Kurang Upaya (OKU).

BBerkaitan

Latest articles