Gol Jaringan Safawi Rashid Raih Undian Tertinggi Sebagai Gol Lencongan Terbaik

PENYERANG sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid mencipta kemasyhuran di pentas Asia apabila jaringannya meraih undian tertinggi sebagai gol lencongan terbaik sepanjang kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Berdasarkan undian peminat di laman web rasmi Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang ditutup lewat petang tadi, ledakan menarik Safawi ketika JDT menentang kelab China, Shandong Luneng tahun lalu membenam empat calon lain.

Safawi menerima keseluruhan 50 peratus undian daripada 159,502 pengundi bagi meninggalkan pencabar terdekatnya yang mewakili kelab Esteghlal, Mame Thiam yang menerima 48 peratus undian.

Lebih istimewa, pemain kelahiran Dungun, Terengganu berusia 23 tahun itu mengatasi bekas bintang Chelsea, Oscar daripada kelab Shanghai SIPG yang hanya memperoleh satu peratus undian.

Pemain kelab, Lekhwiya, Nam Tae-hee dan Serginho yang mewakili gergasi Jepun, Kashima Antlers turut menerima undian sama seperti Oscar.

Sebelum ini, jaringan menerusi sepakan lencong kaki kiri Safawi yang terhasil di Stadium Pusat Sukan Olimpik Jinan, Shandong pada 9 April 2019 itu turut diundi sebagai jaringan kedua terbaik saingan ACL musim lalu. Sinar harian 

BBerkaitan

Latest articles