Giliran Presiden Pertubuhan Alumni Undang-Undang UM Bersuara Mengenai Kelayakan Pendidikan Ismail Sabri

Walaupun YAB Dato’ Sri Ismail Sabri dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, beliau telah mengatasi cabaran dengan kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik sehingga mampu melakar sejarah apabila menjadi graduan pertama dari Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya yang dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Presiden Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (PARFUM) Tan Sri Shahrizat Jalil berkata walaupun YAB Dato’ Sri Ismail Sabri dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, beliau telah mengatasi cabaran dengan kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai satu hantaran di laman media sosial mengenai pendidikan dan kelayakan Perdana Menteri sehingga dianugerahkan ijazah undang-undang itu.

Menurut Shahrizat lagi, Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya telah ditubuhkan pada 1972 di mana pada ketika itu Allahyarham Professor DiRaja Dr. Ungku Abdul Aziz merupakan Naib Canselor Universiti Malaya.

‘ Dekan pertama Fakulti adalah Allahyarham Tan Sri Dato’ Professor Ahmad Ibrahim. Allahyarham adalah seorang tokoh perundangan tersohor bukan hanya di Malaysia, malah di Singapura dan di rantau Asia.

‘ Beliau amat disegani atas sifat integriti dan kebijaksanaannya yang mendahului masa ketika itu. Selaku Dekan pertama, standard yang beliau tetapkan untuk Fakulti mahupun para pelajar yang diterima masuk adalah amat tinggi dan tanpa kompromi terutama pencapaian akademik pelajar-pelajar.

Tambahnya lagi Ketika YAB Perdana Menteri diterima masuk pada tahun 1980, Allahyarham Tan Sri Dato’ Professor Ahmad Ibrahim merupakan Dekan yang menguruskan keseluruhan Fakulti.

“ Dengan sifat integriti yang amat tinggi, adalah sukar untuk sesiapa diterima masuk tanpa memenuhi kelayakan yang ditetapkan ke Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya sebagai penuntut.

“ Jelas bahawa penerimaan masuk YAB Perdana Menteri ke Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya adalah berasaskan merit.

“ YAB Perdana Menteri juga telah membuktikan beliau wajar mendapat biasiswa semasa pengajiannya di Universiti Malaya apabila beliau berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh masa yang ditetapkan seterusnya diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara jelasnya lagi.

Sebelum ini Ahli Parlimen Pasir Gudang yang juga bekas pengetua maktab di mana Ismail sabri mendapatkan pendikan bagi menghadapi peperiksaan STPM, Hassan Abdul Karim turut mempertahankan kelayakan pendidikan Perdana Menteri itu.

Kata Ahli Parlimen Pasir Gudang yang juga pemimpin PKR, Hassan Abdul Karim, mendedahkan yang Ismail Sabri mendaftar di Fakulti Undang-undang UM berdasarkan meritnya kerana keputusan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) yang baik, bukan kerana mempunyai ‘kabel’ atau kroni.

“Fakta yang dinyatakan oleh Andrew Peris (pemilik akaun facebook) itu tidak betul. Ada moleknya, saya ceritakan dari awal sejarah persekolahan Ismail Sabri. Beliau asalnya bersekolah rendah Melayu di Sekolah Kampung Bangau, Temerloh, Pahang. Selepas darjah Enam, Ismail Sabri masuk ke sekolah berasrama, iaitu Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan.

“Murid yang dipilih bersekolah di sekolah berasrama biasanya murid yang pandai. Ismail Sabri yang berasal dari sekolah rendah aliran Melayu terpaksa melalui kelas peralihan atau ‘remove class’ apabila di sekolah menengah.

Dari kelas peralihan, Ismail Sabri terus melompat ke Tingkatan Dua. Beliau tidak ke Tingkatan Satu. Murid yang dibenarkan melompat dari Kelas Peralihan terus ke Tingkatan Dua, tentunya bukan murid yang lembam dan bodoh.

“Ismail Sabri lulus peperiksaan LCE (Lower Certificate Examination atau Sijil Rendah Pelajaran) aliran sekolah Inggeris. Beliau naik ke Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik, Kuantan. Bukannya ke ‘sekolah vokasional’ seperti yang ditulis oleh Andrew Peris .

Menurutnya, jika tidak mengendahkan dakwaan mengenai Ismail Sabri, maka beliau akan gagal kerana membenarkan fakta palsu yang boleh mencemarkan latar belakang akademik Perdana Menteri katanya.

BBerkaitan

Latest articles